Zaman
semakin canggih maka tahap kepekaan kita juga mestilah tinggi jika kita
tidak mahu terperangkap dalam jerat si penjenayah. Maklumat penting
untuk masyarakat, terutama anak-anak gadis dan wanita yang memasuki
tandas awam atau bilik persalinan di pusat membeli belah atau di mana
sahaja…
Lakukan
langkah mudah ini yang mengambil masa hanya seminit saja. Letakkan
hujung jari anda di permukaan reflektif, sekiranya ada GAP antara kuku
dan imej kuku di cermin itu, ia adalah cermin ASLI dan anda tidak perlu
meraguinya.
Tetapi,
sekiranya kuku anda terus dapat menyentuh imej kuku anda, ini bermakna
cermin itu ada CERMIN TEMBUS. Ada seseorang yang sedang memerhatikan
anda dengan percuma ketika anda mungkin menukar pakaian dan sebagainya.
INGAT,
setiap kali anda melihat cermin di tempat awam untuk menyalin pakaian,
anda perlu lakukan “UJIAN KUKU” untuk mengelakkan dari menjadi perhatian
mereka yang tidak bertanggungjawab.