Assalamualaikum,
aku bukan student UIA, tapi disebabkan aku selalu baca confession dekat
IIUMC ni, teringin la pulak nak confess. Sebenarnya aku dah balik
Malaysia dekat 5 tahun, sebelum ni aku tinggal dekat Australia, ayah aku
kerja kat sana. So aku satu family pun menetap kat sana, aku anak
sulung dan satu-satunya anak lelaki dalam keluarga.
Aku
ada seorang adik perempuan, umur dia sekarang baru masuk 15 tahun.
Okay, waktu duduk kat Australia dulu, cara pemakaian adik aku ni tak
adalah alim sangat, dia still pakai tudung tapi tak adalah labuh macam
sekarang. Dulu dia tak pakai niqab, and sekarang dia pakai. Nak tahu
sebab apa? Sebab dia takut dengan lelaki dekat sini, I mean Malaysia.
Mula-mula
aku pun macam, “apa yang mengada sangat adik aku ni, lelaki kat sini
bukannya makan orang”. Then, lepas 3 tahun aku stay Malaysia, barulah
aku faham perasaan aidk aku tu. Kau bayangkanlah, sebelum dia pakai
niqab kat Malaysia, dia selalu kena kacau, kena mengorat dengan
kaum-kaum lelaki. Setakat macam tu, aku tak terasa bahaya sangat, tapi
ada satu kali tu sampai nak meraba, paksa minta nombor telefon.
Aku
mengaku, adik aku tu memang la ada rupa, tapi takkan la sampai nak
kacau dia macam tu. Start pada tu, dia mula pakai niqab and dia labuhkan
tudung, sejuk hati aku tengok. Aku bersyukur dia jadi macam tu, and aku
lega sebab aku agak lepas ni takkanlah ada orang nak kacau dia lagi
kan? And guess what? Still ada lelaki kacau dia. Apakah????
Memang
aku panas, dah berpurdah, tutup sampai nampak dua biji mata saja, pun
nak kacau lagi? Aku mula tu rasa macam maybe ada kaitan dengan attitude
adik aku. Tapi tak mungkin, adik aku tu pemalu sangat dengan orang luar,
apatah lagi LELAKI. Dia adik aku, so aku kenal sangat. Satu hari,
memang tahap kesabaran aku tercabar gila, ada sekumpulan budak lelaki
cuba nak pegang and mengusik adik aku, waktu dia dalam perjalanan nak
balik ke rumah.
Memang
kalau dekat kawasan taman rumah kami tu, dia berjalan seorang-seorang,
kalau dekat tempat lain, adalah orang teman. Bayangkanlah perasaan aku
waktu tu. Aku seorang abang memang rasa macam nak pergi tembak puak
lelaki tu sekor-sekor. Aku tak pernah buat pun macam tu dekat anak dara
orang, tapi orang lain buat dekat adik aku. Haih.
Adik
aku menangis, dia cakap nak balik Australia, dekat sana tak ada lelaki
nak kacau dia macam tu. Bukannya nak kondem mana-mana pihak, tapi
sebelum ni, walaupun adik aku tak pakai purdah and tudung labuh, tak ada
lelaki nak kacau and usik dia kat sana. Sebab most lelaki kat sana
respect perempuan muslim yang berhijab ni, dekat sini? Ya Allah, jangan
katakan nak respect, kebanyakannya dipandang sebagai objek seks
semata-mata.
Ada
confession kat sini yang aku baca seolah-olah menyalahkan perempuan
tentang kes rogol, cabul and so on. Aku tak deny benda tu 100%, ada kes
yang jadi sebab perempuan juga. But confession tu seolah-olah memang
tunding jari terus kat perempuan. Kalau dah berhjab, berniqab tapi still
dikacau, tu bukan sebab perempuan ye saudara ku yang bergelar lelaki.
Tu sebab nafsu anda semua. Jangan salahkan perempuan kalau kau yang
banyak layan cerita blue, video tak senonoh, memang tak boleh tengok
perempuan la kalau macam tu.
Kawan
aku mat saleh yang baru stay kat malaysia pun pernah tanya , “so in
Islam, it’s okay to rape a woman, if that women didn’t cover their aurah
properly?”, kau bayangkan dia bukan islam, then dia tanya macam tu. Dia
buat conclusion macam tu lepas lepak and kenal dengan banyak member
lelaki dekat Malaysia, most lelaki yang dia kenal memang salahkan
perempuan sebab kes rogol. Mesti dia punya stigma dekat islam tu negatif
kan? Aku pun explain lah dekat dia walau pun slow, aku tak adalah reti
sangat bab agama ni, tapi kalau solat 5 waktu tu tak pernah lah miss,
Alhamdulillah.
Maaf
sebab confession yang panjanggg. Aku just terkilan dengan perangai
kebanyakan lelaki MACAM YANG AKU SEBUT KAT ATAS TU. Disebabkan perangai
macam tu lah adik aku macam fobia dekat lelaki. Memang terluah lah rasa
bengang sebab adik aku selalu kena kacau. Ada member aku yang pernah
cakap “alah, pakai macam tu memanglah kena rogol”, “sebab perempuan lain
tak tutup aurat, yang baik-baik ni la kena kacau”, dengan ayat macam
ni, kau sedar tak seperti kau membenarkan saudara perempuan, or ibu kau
dirogol?
So
kalau ada ibu or sedara perempuan kau yang tak tutup aurah dengan
sempurna or tak tutup aurat, just shut up and jangan marah kalau mereka
dirogol. Pesanan untuk kaum Adam kat luar sana, kita jadi pemimpin bukan
sebab untuk menghina, menzalimi dan mengasari perempuan, kita kena
nasihat, melindungi and hormat mereka.
Confession
ni cuma pendapat aku, maaflah kalau ada yang terasa. Maybe attitude
lelaki kat sini nampak normal, bagi aku tak, maybe cara aku dibesarkan
berbeza. Rogol and cabul tu tetap salah, walau apa pun sebabnya. – Adi |
IIUMC
Sumber : sehinggit
Sumber : sehinggit
